KUALA LUMPUR, 4 Feb -- Serba Dinamik Holdings Bhd, menerusi anak syarikatnya memperoleh 12 projek setakat ini pada tahun ini.
Lima daripada projek itu diperoleh oleh anak syarikat 75 peratus miliknya, PT Serba Dinamik Indonesia (PTSDI), iaitu tiga kontrak operasi dan penyenggaraan (O&M), satu kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) dan satu kontrak produk dan perkhidmatan.
Satu lagi kontrak operasi dan penyenggaraan diperoleh menerusi anak syarikat milik penuhnya, Serba Dinamik International Ltd (SDIL) di Oman.
“Gabungan anggaran nilai kontrak yang diperoleh itu adalah kira-kira RM320.89 juta,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global itu berkata unit milik penuhnya, Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) memperoleh lima kontrak operasi dan penyenggaraan dan satu kontrak produk dan perkhidmatan.
"Kontrak tersebut tidak mempunyai nilai khusus kerana ia adalah bagi asas 'call-out' yang mana arahan kerja akan diberikan mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan kepada kadar dan jadual aktiviti mereka sepanjang tempoh kontrak tersebut,” kata syarikat itu.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata kontrak yang diperoleh di Indonesia dan Oman itu akan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat di Asia Tenggara dan Timur Tengah.
"Kami berpuas hati dengan projek-projek ini yang akan membantu meningkatkan pendapatan kami dalam tempoh jangka panjang serta mendekatkan lagi kami dengan sasaran dalam kami bagi tahun ini,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]