Berita

Suruhanjaya Tenaga keluar 36 kompaun berjumlah RM3.6 juta kepada TNB



KUALA LUMPUR, 21 Jan -- Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengeluarkan 36 kompaun berjumlah RM3.6 juta kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), pada bulan Disember 2019.

Menurut ST dalam satu kenyataan hari ini, tindakan tersebut diambil setelah mereka menyiasat aduan bil elektrik tinggi pada bulan Mei dan Jun tahun 2019, yang diterima dari pihak pengguna. 

"Hasil siasatan mendapati syarikat tersebut gagal mematuhi arahan ST berhubung standard prestasi Minimum Service Level (MSL), berkaitan tempoh penyerahan bil-bil elektrik kepada pihak pengguna. 

"Berdasarkan MSL tersebut, TNB perlu memastikan setiap pengguna menerima bil elektrik secara bulanan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]