Berita

Tajaan TDS2019, mampu promosi Selangor Bio Bay



PELABUHAN KLANG, 18 Dis – Penyertaan Central Spectrum (M) Sdn Bhd (Central Spectrum) sebagai rakan penaja kejohanan berbasikal 'Tour de Selangor 2019' (TDS 2019) bagi edisi kali ini dilihat mampu mempromosikan kawasan hartanah Selangor Bio Bay (SBB) di Pulau Indah di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Mohamad Razif Abdul Wahab berkata sebagai pemaju hartanah di SBB, penglibatan syarikat berkenaan dalam acara itu ia dilihat dapat mempromosi lokasi yang berpotensi untuk menarik pelaburan hartanah di peringkat antarabangsa.

“Selain mengambil keputusan menaja TDS tahun ini sebagai sokongan penuh kepada kerajaan Selangor, kita lihat penajaan tersebut juga mampu mempromosikan kawasan hartanah di SBB.

“Menerusi kejohanan ini, Central Spectrum menjadi penaja bagi jersi Raja Bukit sepanjang lima peringkat perlumbaan berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, majlis pelepasan (flag off) peserta TDS 2019 itu disempurnakan oleh Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

Mohamad Razif berkata pembangunan di SBB adalah inisiatif strategik yang berobjektifkan untuk memaju dan memacu pertumbuhan industri bioteknologi di Malaysia.

Pada majlis itu, galeri Pameran Selangor Bio Bay di sini turut menjadi garisan pelepasan pelumba TDS 2019 peringkat pertama hari ini sejauh 176.9 kilometer yang berakhir di Batang Kali iaitu  merupakan laluan terpanjang.

Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata kira-kira 119 peserta daripada 20 pasukan terkemuka di rantau Asia dan tempatan menyertai TDS edisi kali ini.

Mengulas mengenai kejohanan itu, beliau berkata ia merupakan sebahagian usaha kerajaan negeri bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan atlet berbasikal, sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu yang berpotensi mengharumkan nama Selangor dan Malaysia amnya ke peringkat lebih tinggi.

TDS 2019 yang berlangsung bermula hari ini sehingga 22 Disember ini membabitkan sembilan daerah di Selangor termasuk Pulau Indah, Cyberjaya, Subang, Selayang dan Shah Alam dengan jarak keseluruhan 716 kilometer.

Kesemua pelumba bakal mengharungi lima peringkat perlumbaan demi merebut jersi kemenangan iaitu Juara Keseluruhan, Raja Pecut, Raja Bukit dan Pelumba Muda Terbaik.

Kejohanan dwitahunan itu dianjurkan Majlis Sukan Negeri Selangor dengan objektif perlumbaan untuk mengundang lebih banyak pasukan profesional termasuk dari Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), bagi berentap dengan pasukan kebangsaaan, negeri dan kelab.

--BERNAMA

 


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]