Berita

Kepentingan dalam Petronas: peluang untuk Sarawak, Sabah miliki saham kelas dunia



KUCHING, 18 Dis  -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Sarawak dan Sabah menimbang kedudukan Petronas sebagai syarikat minyak dunia semasa mengkaji cadangan untuk memilki kepentingan dalam syarikat itu.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata Dr Mahathir membuat saranan itu pada pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di Putrajaya pada Isnin.

Dalam pertemuan selama 90 minit itu, Perdana Menteri mempelawa Sarawak dan Sabah untuk meneroka gagasan tiga wilayah - Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah - untuk memiliki kepentingan dalam Petronas.

"Ini mengambil kira mengenai kedudukan syarikat minyak negara itu sebagai syarikat minyak global, dengan konsesi di luar negara, terutama di Asia Tengah, Afrika dan Amerika Utara, terutama di Kanada," katanya.

Menurut kenyataan itu, dalam pertemuan tersebut, Abang Johari memaklumkan kepada Dr Mahathir bahawa Sarawak perlu mengkaji cadangan itu secara mendalam, dan mahu mengukuhkan penyertaan syarikat minyak dan gas milik negeri itu, Petros, dalam aktiviti hiliran dan huluan industri di Sarawak

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]