Berita

KL Summit: Kemunculan Sophia tarik perhatian Dr Mahathir



KUALA LUMPUR, 17 Dis -- ‘Sophia’, robot humanoid sosial, yang akan muncul di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019, hari ini mendapat perhatian khusus daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin berumur 94 tahun itu semasa melawat venue sidang berkenaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di tengah ibukota bagi meninjau persiapan Sidang Kemuncak KL 2019 memberi komen mengenai ‘satu perkara’ yang masih kurang pada robot itu, dari segi persiapan secara keseluruhannya.

“Persiapan nampak bagus saya puas hati, saya fikir cara-cara yang diatur itu pun baik.

“Tinggal lagi satu sahaja, pasal kita punya Sophia itu nampak macam kepala botak, jadi mungkin ada rambutlah sikit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menamatkan lawatannya.

Majlis perasmian Sidang Kemuncak KL yang akan berlangsung mulai esok sehingga Sabtu ini, dijangka akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu Naib Presiden Kanan bagi bahagian latihan dan projek-projek khas  Serba Dinamik  Dr Mohamed Ackiel Mohamed berkata robot yang dikenali dengan keupayaan mempamerkan ekspresi wajah seperti manusia dan berinteraksi dengan orang ramai itu dibawa oleh syarikat berkenaan atas permintaan Dr Mahathir sendiri.

Beliau memberitahu Bernama robot itu akan membuat penampilan dan menyampaikan kata-kata aluan kepada semua delegasi sebaik sahaja selepas majlis perasmian berlangsung, Khamis.

“Selepas itu ia akan dipamerkan di ruang pameran di booth  Serba Dinamik  sehingga sidang kemuncak ini tamat,” katanya.

Sidang kemuncak ini bertujuan untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang baharu serta berkesan dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang menimpa dunia Islam, di samping menyumbang ke arah meningkatkan kesejahteraan umat Islam serta negara-negara Islam secara umumnya. 

Ia juga bertujuan membawa pemimpin-pemimpin Muslim, cendekiawan, serta ulama dari seluruh dunia, den menghidupkan kembali tamadun Islam.

-- BERNAMA

 

 

 


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]