Berita

TNB naik taraf 15 pencawang elektrik elak ditenggelami banjir



KUALA TERENGGANU, 16 Dis -- Sebanyak lima belas pencawang elektrik yang berisiko ditenggelami banjir akan dinaik taraf untuk kemudahan serta keselamatan orang ramai.

Ketua Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu, Mohd Nazri Puteh berkata ia melibatkan pencawang elektrik di bahagian utara Terengganu seperti di Setiu dan Besut yang akan dilaksanakan satu persatu.

"Selepas banjir besar pada 2014, TNB telah membelanjakan sebanyak RM200,000 untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf 60 pencawang elektrik di daerah Besut dan Kemaman.

"Jadi fasa kedua melibatkan lima belas pencawang ini juga kita akan naik taraf untuk elak ditenggelami air sekali gus menjejaskan bekalan kepada pengguna," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra TNB dan Media Terengganu, di sini, petang semalam.

Mohd Nazri berkata terdapat sebanyak 2,400 pencawang elektrik di seluruh negeri dan pihaknya sentiasa menjalankan penelitian dari semasa ke semasa untuk melihat sekiranya terdapat keperluan untuk menaik taraf kemudahan tersebut di mana-mana lokasi.

Selain itu Mohd Nazri berkata pihaknya juga telah menjalankan persiapan dari segi tenaga kerja, kelengkapan dan peralatan bagi menghadapi banjir gelombang keempat yang diramal berlaku pada 25 hingga 26 Disember ini.

"Ketika banjir gelombang ketiga baru-baru ini, kita telah kerah 300 pekerja untuk bertugas secara syif selama 24 jam untuk menanggani sekiranya berlaku sebarang masalah di stesen atau sebagainya.

"Malah kita juga telah menyediakan dua puluh set jana kuasa bergerak untuk kegunaan orang kampung sekiranya berlaku kecemasan di kawasan terputus bekalan elektrik," katanya yang turut menyediakan bot di beberapa stesen tertentu bagi memudahkan kerja-kerja membaiki kerosakan sekiranya jalan putus dan tidak boleh dilalui kenderaan.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]