Berita

Kerajaan sasar kapasiti tenaga boleh baharu meningkat 20 peratus menjelang 2025

Isnaraissah Munirah Majilis

PUTRAJAYA, 13 Dis -- Malaysia komited melaksanakan usaha menangani perubahan iklim selaras dengan Konvensyen Perubahan Iklim dan Perjanjian Paris, yang kerajaan berhasrat meningkatkan kapasiti sumbangan tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak 20 peratus menjelang 2025.

Komitmen itu dinyatakan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Isnaraissah Munirah Majilis, yang mewakili Malaysia pada Mesyuarat Peringkat Tinggi, Persidangan ke-25 negara parti kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berlangsung di Madrid, Sepanyol, selama tiga hari bermula Selasa.

Pada persidangan itu, Isnaraissah Munirah memaklumkan Malaysia telah membangunkan dasar, ekosistem regulatori dan kewangan dalam memupuk ekonomi hijau dan pembangunan lestari yang rendah karbon.

Isnaraissah Munirah juga, menurut kenyataan yang dikeluarkan MESTECC hari ini, memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah menjenamakan semula Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia kepada Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia,

Malaysia turut menekankan kepentingan prinsip tanggungjawab sama, beban berbeza dan keupayaan tersendiri sebagai faktor kejayaan dalam memenuhi obligasi Konvensyen Perubahan Iklim dan Perjanjian Paris.

"Malaysia juga menegaskan bahawa negara membangun perlu diberikan ruang untuk membangun secara mampan,” kata MESTECC.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]