Berita

Stok minyak sawit Malaysia susut 4.1 peratus pada Oktober 2019



KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Jumlah stok minyak sawit Malaysia susut 4.1 peratus kepada 2.348 juta tan pada Oktober 2019 daripada 2.448 juta tan yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata stok minyak sawit mentah (MSM) berkurangan sebanyak 2.19 peratus kepada 1.323 juta tan pada Oktober daripada 1.353 juta tan pada September.

Selain itu, stok simpanan minyak sawit yang diproses juga berkurangan sebanyak 6.47 peratus kepada 1.024 juta tan daripada 1.095 juta tan, sebelum ini.

"Pengeluaran MSM berkurangan sebanyak 2.53 peratus kepada 1.795 juta tan pada Oktober daripada 1.842 juta tan pada September manakala pengeluaran isirung sawit turun 2.44 peratus kepada 442,604 tan daripada 453,654 tan," kata MPOB.

Eksport minyak sawit meningkat sebanyak 16.43 peratus pada Oktober kepada 1.641 juta tan daripada 1.410 juta tan pada September lepas manakala eksport oleokimia menokok 10.19 peratus kepada 291,367 tan daripada  264,431 tan bagi tempoh tersebut.

Dalam pada itu, eksport biodiesel bagi bulan di bawah kajian merosot 60.42 peratus kepada 21,664 tan daripada 54,735 tan pada bulan sebelumnya dan eksport hampas isirung sawit meningkat  31.10 peratus kepada 221,283 tan daripada 168,789 tan.

Menurut MPOB, eksport minyak isirung bertambah sebanyak 12.78 peratus pada Oktober 2019 kepada 99,601 tan daripada 88,311 tan pada bulan sebelumnya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]