KUALA LUMPUR, 10 Nov -- Petronas Lubricants International (PLI) yang juga cabang pengeluar dan pemasaran minyak pelincir global Petronas, menganjurkan Simposium Bendalir Kenderaan Elektrik (EV) buat julung kali di Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global (R&T) miliknya di Turin, Itali pada 7 Nov.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata simposium itu telah dihadiri oleh lebih 120 peserta yang juga kalangan pakar peneraju industri dari serata dunia bagi membincangkan serta mengetengahkan inovasi EV yang menyokong masa depan e-mobiliti yang lebih bersih, cekap dan mampan.
Malah, simposium itu turut menjadi satu platform untuk kalangan pakar berkongsi trend teknologi masa depan EV, pasaran serta peranan bendalir dalam evolusi penghantaran elektronik dan teknologi bateri.
“Pada simposium itu, PLI turut berkongsi dapatan kajian global pertama mengenai industri itu membabitkan Teknologi dan Bendalir EV dengan tumpuan terhadap Unit Pemanduan Elektrik dan Bateri.
“Kajian tersebut yang dijalankan menerusi kerjasama dengan FEV Consulting, merumuskan bahawa inovasi adalah penting bagi melonjakkan prestasi dan ketahanan EV. Oleh itu, penambahbaikan secara berterusan perlu dilaksanakan bagi menggalakkan lagi kadar penggunaan pengangkutan elektrik oleh orang ramai,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]