KUALA LUMPUR, 9 Nov -- 20 syarikat Malaysia akan menyertai Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2019 menerusi Misi Peningkatan Eksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ke Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mulai 11 hingga 14 Nov.
Penyertaan tinggi oleh syarikat Malaysia itu menunjukkan minat mereka dalam mengembangkan kedudukan eksport masing-masing di rantau Asia Barat walaupun menghadapi pelbagai cabaran ekonomi global, menurut MATRADE dalam kenyataan hari ini.
MATRADE, sebagai agensi penggalakan perdagangan negara, telah menganjurkan penyertaan Malaysia dalam ADIPEC sejak 2010.
MATRADE berkata Pavilion Malaysia di ADIPEC 2019 akan mempromosikan pelbagai produk dan perkhidmatan minyak dan gas seperti produk penghawa dingin, pengudaraan dan pemanasan, perisian kejuruteraan perindustrian serta perkhidmatan cari gali dan perundingan pengeluaran minyak dan gas.
“Amat penting bagi Malaysia untuk terus meningkatkan tahap kebolehlihatannya dalam acara utama sekali gus memperkukuhkan jenama Malaysia sebagai peserta utama dalam sektor itu,” kata Pengarah Seksyen Minyak dan Gas, Kimia dan Tenaga MATRADE, S. Jai Shankar.
Beliau berkata justeru, MATRADE menggalakkan syarikat Malaysia tersebut untuk menyertai aktiviti nilai tambah lain yang diadakan sepanjang acara itu seperti persidangan.
Jumlah nilai eksport barangan minyak dan gas antara Malaysia dan UAE meningkat kepada RM832.5 juta pada tahun lepas berbanding RM251.4 juta pada 2017.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]