Berita

Industri minyak sawit perlu tingkatkan ketelusan - RSPO

Daripada Nurul Hanis Izmir

KRABI, 8 Nov -- Anggota Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO) perlu meningkatkan lagi ketelusan berhubung pengeluaran minyak sawit dan keluasan kawasan tanaman itu serta membuat penambahbaikan terhadap stuktur korporat, jaringan rantaian bekalan dan aliran perdagangan, kata Pengerusi Bersama Anne Rosenbarge.

Mereka juga perlu melaporkan perkembangan mereka  secara konsisten dan boleh diukur.

“Apabila ketelusan sudah menjadi norma dan sistem jaminan yang kukuh, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dengan gembira meraikan kejayaan industri itu memandangkan ia sudah boleh disahkan,” katanya dalam ucapan penutupan Persidangan Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan Ke-17 (RT17) yang diadakan baru-baru ini.

Rosenbarger, walaupun pada masa yang mengakui bahawa minyak sawit mampan amat memerlukan penjenamaan semula, berkata sebahagian besar daripadanya bergantung kepada bagaimana untuk memaklumkannya secara efektif kepada pengguna tentang input yang menyokong  minyak sawit mampan daripada memboikotnya.

“Mesej ini lebih bermakna  dan berwibawa apabila datang daripada NGO sosial dan alam sekitar daripada datang daripada syarikat dan kumpulan industri. Meningkatkan kesedaran berhubung minyak sawit mampan adalah cara untuk ahli NGO lebih membabitkan diri dalam perkara itu - sebahagian daripada Tanggungjawab Bersama kita,” jelasnya.

Beliau berkata meningkatkan taraf kehidupan dan kemampanan pekebun kecil juga penting, sekaligus menjadi satu daripada isu paling besar yang perlu ditangani oleh industri minyak sawit.

Oleh itu, ahli RSPO telah mengundi untuk mengguna pakai  Piawaian Pekebun Kecil Bebas (ISH) yang baharu, iaitu langkah penting untuk menjadikan pensijilan RSPO lebih mudah diperoleh dan pada masa yang sama mengekalkan kewibawaan piawaian RSPO.

Ia turut menandakan langkah terkehadapan penting ke arah memastikan kewibawaan RSPO dan piawaiannya, menunjukkan mereka mampu melaksanakan dasar ‘tiada penebangan hutan, tiada tanah gambut dan tiada eksploitasi’.

 Bertemakan ‘Tanggungjawab Bersama: Menukar Komitmen kepada Tindakan’,  persidangan RT17 selama tiga hari dari  4-6 Nov turut menyaksikan pelancaran inisiatif baharu, Akademi Jurulatih Pekebun Kecil RSPO yang berobjektif untuk meningkatkan dengan ketara sumber yang ada untuk pekebun kecil di seluruh dunia.

Dengan menggunakan pendekatan ‘latih jurulatih', RSPO berharap untuk memastikan lebih banyak  petani kelapa sawit kecil-kecilan menjalani latihan amalan terbaik pertanian. 

Sepanjang persidangan itu, topik semasa industri yang lain turut dibincangkan, termasuk, ‘DNA dan Teknologi Blockchain dalam Pengesanan Minyak Sawit’, ‘Planet Kita Bersama: Konflik Manusia-Hidupan Liar,’ serta ‘Dekad Akan Datang bagi  Minyak Sawit dan Minyak Sawit Mampan’. 

Persidangan itu turut menjadi platform penting untuk mula menggerakkan usaha bagi melaksanakan keperluan yang diperakukan baru-baru ini  dan peraturan Tanggungjawab Bersama untuk ahlinya.

RSPO turut menganjurkan lawatan media ke ladang yang mendapat pensijilan RSPO di Krabi, Thailand pada 6-8 Nov, yang memberikan peluang untuk bertemu dengan pekebun kecil dan  membincangkan kemasukan mereka ke dalam sistem RSPO. 

--  BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]