Berita

TNB buat persiapan rapi hadapi banjir musim tengkujuh



KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat persiapan rapi dalam menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh ini, termasuk bagi meminimumkan kerosakan pepasangan TNB.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Datuk Baharin Din berkata pihaknya juga telah melakukan persiapan siap siaga set-set jana kuasa bergerak dan set jana kuasa mudah alih di beberapa lokasi strategik serta menjalankan sesi latihan menghadapi banjir.

“Persiapan rapi itu ialah sebagai persediaan awal pengurusan bencana banjir yang lancar dan teratur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Pasukan Bertindak Kecemasan TNB yang bertugas 24 jam sehari juga akan digerakkan untuk membuat penyambungan semula bekalan elektrik yang terputus akibat pokok tumbang dengan kadar segera.

Bahrain berkata jika ada pencawang elektrik yang ditenggelami air dan operasi terpaksa dihentikan, penyambungan semula hanya akan dibuat selepas keadaan selamat.

TNB juga akan membuka bilik gerakan di negeri yang terbabit banjir untuk memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini bekalan elektrik, katanya.

"Pengguna yang terputus bekalan elektrik ketika musim banjir dinasihatkan segera menghubungi TNB di talian 15454 atau Facebook TNB Careline untuk tindakan segera kami," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air.

"Jauhi daripada menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.

“Setelah banjir surut pengguna dinasihat supaya mendapatkan khidmat kontraktor pendawaian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memeriksa pendawaian di dalam premis yang dinaiki air," katanya.

-- BERNAMA

 


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]