Berita

Lebih RM197 juta tunggakan sumbangan AAIBE



KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) masih belum menerima sejumlah RM197.9 juta tunggakan sumbangan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) daripada penjana tenaga bebas (IPP) bagi tempoh 2008 hingga 2018.

Menteri berkenaan, Yeo Bee Yin berkata bagi AAIBE Sabah pula, sejumlah RM50.7 juta tunggakan belum dijelaskan IPP.

Beliau menegaskan kementerian akan memastikan tiada IPP terlepas daripada menjelaskan tunggakan sumbangan AAIBE terbabit.

"Bagi memastikan IPP memenuhi syarat lesen dan menyumbang kepada tabung AAIBE dan AAIBE Sabah, baru-baru ini MESTECC melalui Suruhanjaya Tenaga mengambil tindakan untuk memastikan sumbangan untuk tahun kewangan berakhir 2018 dapat dikutip sebelum 31 Dis ini.

"Untuk IPP yang tidak berupaya membayar secara ‘one-off’, rundingan sedang dijalankan bagi menyediakan pelan pembayaran secara ansuran dan memastikan tunggakan sedia ada dijelaskan,” katanya menjawab soalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) mengenai perkara itu di Dewan Rakyat hari ini.

Menjelas lanjut, Yeo memaklumkan sehingga kini MESTECC berjaya mendapatkan komitmen IPP untuk membayar sejumlah RM100.7 juta bagi AAIBE manakala RM4.8 juta bagi AAIBE Sabah secara ansuran sebelum 31 Dis tahun depan.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]