Berita

Petronas tekankan amalan mampan

KUALA LUMPUR, 6 Nov  -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan memberikan penekanan yang tinggi terhadap amalan mampannya sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya kepada pihak berkepentingannya.

Naib Presiden Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Kumpulan Dzafri Sham Ahmad berkata sejak penubuhannya, amalan mampan Petronas telah berkembang dengan penambahbaikan baru-baru ini kepada Pernyataan Tujuan untuk mengukuhkan kumpulan sebagai penyedia tenaga dan penyelesaian.

"Pernyataan Tujuan memberi kami makna yang besar terhadap kewujudan kita.

"Mengambil petunjuk daripada Pernyataan Tujuan kami, kami telah mewujudkan agenda mampan kami yang berteraskan empat agenda iaitu perwujudan nilai, memelihara alam sekitar, impak sosial yang positif dan tadbir urus yang bertanggungjawab," katanya pada Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2019 di sini hari ini.

Dzafri berkata empat agenda itu akan memberi Petronas hala tuju yang lebih jelas dan memberi tumpuan kepada semua aktiviti di bawah kemampanan.

"Bagi Petronas, kita mesti mempunyai agenda yang jelas. Agenda ini telah membantu kami mengatur pelbagai program dan inisiatif di bawah agenda mampan dengan cara yang lebih baik.

"Itu antara sebab utama untuk mempunyai agenda yang jelas," katanya.

Dalam ucapan pada Forum SDG Pemimpin-Pemimpin Perniagaan, Dzafrin berkata penting untuk Petronas menerapkan budaya dan pemikiran yang tepat dalam organisasi yang membolehkannya menumpukan kepada mengembangkan perniagaan secara bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada rakyat dan alam sekitar secara mampan. 

"Agenda Kemampanan kami mencerminkan komitmen Petronas untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan komponen alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

"Agenda itu turut merangkumi tujuh SDG yang telah diberi keutamaan untuk terus memberi fokus kepada usaha dan inisiatif di bawah agenda tersebut," katanya.

Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2019 yang julung kali diadakan itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia.   

Bertemakan, ‘Accelerating Progress on the SDGs: Whole of Nation Approach', sidang kemuncak selama dua hari itu, yang berakhir esok, berjaya menarik lebih 2,000 peserta.

-- BERNAMA​​​​​​





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]