Berita

Petronas, Bank Muamalat bekerjasama bagi program pembiayaan vendor



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bekerjasama dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) untuk menawarkan kemudahan kewangan kepada vendor sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas serta perusahaan kecil dan sederhana di bawah Program Pembiayaan Vendor (VFP).

Naib Presiden Kanan Bagi Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas Samsudin Miskon berkata syarikat itu menyasarkan penyelesaian inovatif bagi manfaat bersama semua pihak yang dapat memacu pertumbuhan menyeluruh sektor minyak dan gas Malaysia.

“Kami amat menghargai semua sumbangan institusi kewangan dalam usaha kolektif dan holistik bagi menyokong vendor sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE).

“Pada masa sama, kami turut berbangga dengan keupayaan vendor yang tidak hanya dapat meneruskan usaha mereka ketika tempoh sukar, tetapi  terus berdaya tahan dan mengemudi pertumbuhan perniagaan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau turut menggesa kalangan kontraktor utama Petronas untuk memainkan peranan lebih penting bagi membantu subkontraktor mereka memperoleh kemudahan kewangan di bawah program pembiayaan tersebut.

Pada majlis hari ini, Naib Presiden Pemerolehan, Pelaksaan Projek dan Teknologi Kumpulan Petronas Liza Mustapha dan Ketua Bahagian Perbankan Perniagaan Bank Muamalat Nor Hamidah Abu Bakar saling bertukar dokumen MoU yang turut disaksikan oleh Samsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif bank itu, Khairul Kamaruddin.

Pemeteraian itu membolehkan vendor Petronas mempunyai akses pembiayaan sehingga RM5 juta bagi setiap permohonan daripada Bank Muamalat.

Produk-produk yang ditawarkan dalam program tersebut termasuk kemudahan M-Cash, Surat Kredit dan Jaminan Bank.

Program Pembiayaan Vendor OGSE Petronas itu diwujudkan pada Mei 2018 bagi membantu kalangan vendor OGSE tempatan yang terjejas akibat krisis harga minyak untuk mendapatkan modal kerja selain memastikan aliran tunai mereka kekal terurus.

Setakat 31 Okt, 2019, sebanyak 111 permohonan berjumlah RM730.1 juta telah diluluskan.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]