Laporan Khas Oleh LINDA KHOO HUI LI
BANGKOK, 4 Nov -- Kerajaan Australia berharap Malaysia akan menarik balik syarat yang dikenakan terhadap syarikat nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd yang beroperasi di Gebeng, Kuantan.
Perkara itu antara yang dibangkitkan dalam rundingan antara Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatannya dari Australia Scott Morrison di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 di sini hari ini.
"Mereka (kerajaan Australia) berharap kita akan menarik balik syarat yang dikenakan," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan perhimpunan serantau itu di sini hari ini.
Pada 15 Ogos, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (LPTA) mengumumkan lesen operasi Lynas telah diperbaharui selama enam bulan lagi.
Pembaharuan lesen berkenaan disertai dengan beberapa syarat utama termasuk memindahkan proses ‘Cracking and Leaching’ ke negara lain dan pembinaan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF).
Sementara itu, Dr Mahathir berkata Lynas perlu meningkatkan kaedah perlombongan dan pemprosesan bahan mentahnya sebelum menghantarnya ke Malaysia.
"Kalau ada penambahan proses di Australia, bahan (yang dihantar) tidak seperti yang ketika ini. Bahan mentah akan menjadi lebih bersih, "katanya.
Dr Mahathir berkata bahan nadir bumi tidak berbahaya tetapi orang masih beringat tentang "pengalaman buruk" yang melibatkan syarikat pengekstrak logam nadir bumi di Perak pada 1980-an.
"Kita telah menghantar satu pasukan pakar untuk memeriksa operasi (Lynas). Mereka melaporkan bahawa ia tidak berbahaya. Sisa itu perlu diuruskan, tetapi kita tidak boleh menghantarnya keluar kerana tiada siapa pun yang mahu. Cadangan itu adalah untuk membuang sisa di tempat yang berlainan supaya intensiti radiasi tidak ada di sana," kata beliau.
Dr Mahathir berkata sebarang langkah untuk menutup Lynas akan melibatkan kos yang tinggi dan akan menjejaskan Pelaburan Langsung Asing kerana para pelabur akan berfikir bahawa kerajaan tidak memegang pada janjinya dalam meluluskan projek.
"Lynas adalah sebuah syarikat Australia yang mempunyai pelaburan besar dalam berbilion. Kita tidak boleh meminta mereka pergi," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]