Berita

Sarawak keluar notis penilaian kepada Petronas

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

KUCHING, 4 Nov  -- Sarawak mengeluarkan Notis Penilaian kepada Petronas bagi mendapatkan bayaran Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum, dengan menegaskan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan syarikat minyak nasional itu berdepan tindakan undang-undang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Petronas masih belum membayar SST sedangkan syarikat lain telah melunaskannya.

"Di bawah Ordinan SST 1998, Petronas bertanggungjawab membayar SST dan kegagalan berbuat demikian sama seperti melanggar undang-undang," katanya.

Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi negeri berkata demikian semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2020) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata setakat 30 Sept tahun ini, kerajaan negeri telah mengumpul hasil sebanyak RM5.653 bilion.

 

--BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]