KUALA LUMPUR, 1 Nov -- Pengeluaran minyak sawit di Malaysia dijangka merosot pada 2020 daripada 20.5 juta tan yang direkodkan pada 2019, kata seorang pakar perladangan.
Thomas Mielke daripada ISTA Mielke GmbH berkata, pesaing utama seperti Indonesia juga akan mengalami kelembapan pertumbuhan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tan dalam 2020 kepada 45.4 juta daripada 43.6 juta tan tahun ini.
"Penggunaan minyak sawit akan meningkat sebanyak 7.7 juta tan pada 2018/2019 dengan bekalan global dan baki permintaan dijangka mula mengetat menjelang 2019/2020 disebabkan tahap pengeluaran hanya akan mencecah sebanyak 78.2 juta tan manakala penggunaannya adalah sebanyak 80-81 juta tan," katanya semasa pembentangan di Persidangan Minyak Sawit Indonesia ke-15.
Bloomberg melaporkan bahawa penyusutan pengeluaran serta permintaan yang lebih tinggi akan mendorong harga minyak sawit mentah untuk didagangkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM2,600 setan pada separuh pertama tahun depan.
Katanya, harga komoditi itu akan "jauh lebih baik" pada 2020.
Menurut Mielke lagi, salah satu pengguna minyak sawit yang terbesar di dunia, China, telah meningkatkan import minyak sawit, minyak soya, minyak bunga matahari termasuk minyak-minyak lain bagi mengimbangi pengeluaran domestik yang terjejas akibat pengurangan pemprosesan kacang soya.
Mielke merupakan salah seorang penceramah yang dijemput dalam acara selama tiga hari yang bermula pada 30 Okt.
Lain-lain pakar kelapa sawit yang dipanggil adalah Dr James Fry daripada LMC International Ltd dan Dorab Mistry daripada Godrej International Ltd.
Bertemakan "Industri Minyak Sawit: Pengurusan Pasaran, Meningkatkan Daya Saing ', IPOC ke-15 ini diadakan memandangkan harga komoditi berkenaan terus lemah malahan, imej sawit tercemar di peringkat global akibat pembasmian serta pembakaran hutan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]