Berita

GreenTech Malaysia lantik Shamsul Bahar sebagai CEO



KUALA LUMPUR, 1 Nov -- Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) melantik Shamsul Bahar Mohd Nor sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menurut agensi itu dalam kenyataan hari ini, Shamsul akan menerajui agenda perubahan iklim negara dan memacu pembangunan ekonomi mampan.

Dengan pencapaian yang baik selama tiga dekad dalam korporat Malaysia, Shamsul Bahar mewakili gabungan minda saintifik yang dinamik dengan pengetahuan mengenai teknologi dan perniagaan,

Katanya antara pencapaian utama Shamsul ialah menguruskan Benchmark International Ltd, Malta untuk menawarkan Bon Hijau patuh syariah kepada teknologi hijau, tenaga boleh baharu dan projek-projek mampan di ASEAN, menunjukkan pendekatan strategik beliau dan pemahaman dalam pembangunan tenaga mampan.

Pada 2014, Shamsul dianugerahkan kelulusan paten di 40 negara untuk sistem tenaga boleh baharu yang menukar sisa plastik kepada Ultra Low Sulphur Diesel Oil (EN590) komersial, dan beliau memenangi Anugerah Inovasi Tahunan MOSTI, Anugerah Pemangkin Malaysian Green Technology Corporation dan Anugerah Inovasi Teknologi Bersih Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Sistem Tenaga Boleh Baharu Teknologi Hijau.  

Mengulas mengenai pelantikannya, Shamsul  Bahar berkata: "Saya berharap dapat mengetuai pasukan dengan visi dan matlamat untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang dapat memastikan kemakmuran ekonomi bersama.”

Shamsul sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Syngas Renewable Energy dan Pengarah Eksekutif Saham Utama Sdn Bhd. Sebelum itu, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Polymal Corporation, di mana beliau berjaya menjadikan syarikat itu sebagai penggiat utama di Asia Tenggara.

GreenTech Malaysia adalah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bertanggungjawab untuk menerajui teknologi hijau untuk pertumbuhan hijau dan mampan di Malaysia.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]