Berita

Sekatan produk berkaitan minyak sawit mungkin menjejaskan eksport Malaysia ke India



KUALA LUMPUR, 1 Nov -- Momentum eksport Malaysia ke India yang kukuh ketika ini mungkin akan terjejas dengan ketara, jika negara itu melaksanakan sekatan terhadap import produk berkaitan minyak sawit, menurut Ram Ratings.

Ini kerana minyak sawit merupakan penyumbang terbesar terhadap peningkatan secara menyeluruh permintaan import oleh India daripada Malaysia pada tahun ini.

“Eksport minyak sawit ke India meningkat hampir 70 peratus dalam tempoh lapan bulan pada 2019, dengan sumbangan positif sebanyak 11.0 mata peratusan.

“Sektor berkaitan minyak sawit Malaysia juga secara khususnya terdedah kepada langkah perdagangan diambil oleh India berdasarkan kepentingan negara itu sebagai destinasi eksport,” katanya dalam kenyataan.

Agensi penarafan itu berkata sektor minyak sawit, bersama-sama dengan industri logam, bakal merosot dengan ketara kerana eksport masing-masing ke India terdiri daripada 10.4 peratus dan 10.8 peratus daripada jumlah eksport sektor itu pada 2018.

Sehubungan itu, RAM Ratings menjangkakan eksport Malaysia menurun 0.6 peratus pada September (Ogos: - 0.8 peratus). Begitu juga import dijangka menguncup 0.4 peratus, walaupun mencatatkan pemulihan ketara selepas menyusut sebanyak 12.5 peratus pada Ogos. Ini akan menjadikan lebihan perdagangan keseluruhan Malaysia kepada RM15.3 bilion pada akhir bulan.

Reuters baru-baru ini melaporkan kerajaan India mungkin mempertimbangkan mengenakan sekatan perdagangan ke atas barangan Malaysia susulan ucapan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]