Berita

KPDNHEP perkenal projek RoVR atasi masalah bekalan petrol di Sabah, Sarawak



KUALA LUMPUR, 31 Okt  -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperkenalkan perkhidmatan RoVR (perkhidmatan mengisi minyak mudah alih) sebagai langkah segera mengatasi masalah bekalan petrol di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata untuk projek perintis, ia akan dilaksanakan dengan kerjasama sebuah syarikat minyak tempatan dengan menggerakkan lima lori 'RoVR'  ke kawasan yang berkenaan melalui kuota 'Community Drumming'.

“Syarikat ini tampil dengan idea 'RoVR' iaitu menghantar bekalan minyak dengan menggunakan lori yang mudah diparkir di kawasan-kawasan yang kami benarkan. Kenderaan ini lebih fleksibel sekali gus masalah kekurangan minyak di kawasan pedalaman dapat diatasi.

"Mereka diberi kelulusan untuk  menjalankan projek perintis itu dan selepas selesai nanti syarikat ini akan kembali kepada kementerian untuk membentangkan dapatan kawasan yang berpotensi (untuk dibantu)," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata projek ‘Community Drumming’ berupaya menstabilkan harga bekalan barang bersubsidi bagi penduduk di pedalaman mengikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaaan melalui penampungan kos pengangkutan oleh kerajaan.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]