KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Syarikat perunding kejuruteraan ZEE Engineering Sdn Bhd menjangkakan dapat memasang lima platform luar pesisir ZEEpod bagi medan minyak dan gas marginal setiap tahun untuk sekurang-kurangnya lima tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Herman Perera berkata, syarikat itu telah menarik minat daripada syarikat minyak antarabangsa dari beberapa buah negara seperti Vietnam, India dan Indonesia.
"Mereka sedang menunggu pemasangan pertama. Sekarang kami mendapat pertanyaan,"” katanya memberitahu pemberita selepas pengumuman ZEEpod pertama untuk Vestigo Petroleum Sdn Bhd di sini hari ini, sambil menambah bahawa kos untuk membina ZEEpod adalah dalam jangkauan US$20 juta hingga US$25 juta.
"Itu untuk medan yang lebih kecil," kata Herman.
ZEEpod pertama telah dipasang dan ditauliahkan pada Julai 2019 untuk Vestigo petroleum, sebuah subsidiari Petronas, dalam pembangunan fasiliti Tidak Berkaitan Dengan Gas Tembikai (TNAG).
Medan Tembikai terletak kira-kira 150 kilometer di luar pesisir Terengganu.
Projek ini telah dianugerahkan kepada Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd untuk kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pemasangan kemudahan TNAG.
ZEEpod, merupakan teknologi ciptaan Malaysia yang dipatenkan oleh ZEE Engineering, ia merupakan platform fasiliti telaga mini (WHP).
Sifat substruktur ZEEpod yang modular menjadikan ianya mudah untuk dibina. Ia boleh dipasang dengan tongkang kren berkapasiti rendah, oleh itu, menawarkan WHP yang berfungsi dan menjimatkan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]