KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Kabinet bersetuju mewujudkan perundangan bagi melarang penggunaan ungkapan atau petunjuk negatif mengenai minyak sawit pada produk yang dipasarkan di negara ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya tindakan itu diambil bagi memastikan tidak berlaku penjualan produk-produk yang mempunyai penandaan seperti 'bebas minyak kelapa sawit', 'tidak mengandungi minyak kelapa sawit', atau ungkapan dan petunjuk negatif berkenaan minyak sawit pada produk.
“Ia akan dilaksanakan secepat mungkin, selepas sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan untuk mendapatkan pandangan.
“…cadangan ini telah dibawa dan dipersetujui jemaah menteri pada 18 Okt lalu, selaras dengan hasrat kerajaan menyokong industri minyak sawit melalui Kempen Sayangi Sawitku,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata melalui pemeriksaan yang dijalankan di 2,609 premis di seluruh negara, pegawai KPDNHEP menemui 12 produk yang mempunyai penandaan, ungkapan dan petunjuk bersifat negatif terhadap minyak sawit.
Kementerian menasihati peniaga-peniaga ini untuk tidak mempamerkan produk-produk tersebut, untuk jualan.
Sementara itu, Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata pihaknya menyokong penuh usaha KPDNHEP, yang diharap dapat membendung perbuatan memburukkan reputasi minyak sawit Malaysia khususnya dan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
"Kebelakangan ini, industri minyak sawit negara sering dikaitkan dengan isu-isu penyumbang utama kepada penyahhutanan dan kehilangan biodiversiti.
"Tanggapan dan dakwaan negatif ini adalah tidak benar dan memberikan gambaran yang negatif terhadap produk berasaskan sawit yang tidak disokong fakta saintifik yang tepat," katanya.
Kok menegaskan bahawa penggunaan label negatif itu adalah salah satu propaganda yang disokong pengeluar produk tempatan di Eropah, bagi melindungi pasaran produk mereka.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]