Mohd Elmi Anas
KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Suruhanjaya Tenaga (ST) menggempur 10 premis yang menjual kelengkapan elektrik tidak selamat di sembilan negeri termasuk Sabah dalam serbuan berasingan pada Rabu dan Khamis.
Pengarah Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan ST Mohd Elmi Anas berkata serbuan serentak itu berjaya merampas kira-kira 4,000 unit kelengkapan elektrik pelbagai jenama dan model dengan nilai rampasan dianggarkan RM100,000.
Beliau berkata operasi tersebut memberi tumpuan kepada kelengkapan elektrik yang tidak mendapat kelulusan ST atau tiada label keselamatan Sirim-ST pada sambungan soket salur alur keluar, pengecas telefon bimbit, pengecas port USB, travel adapter dan kabel pendawaian elektrik.
"Banyak kes yang kami terima mengenai kemalangan akibat penggunaan barangan elektrik tidak selamat dan hasil risikan selama sebulan, kami menjalankan operasi besar-besaran untuk memastikan pengguna dilindungi dari bahaya yang berpunca dari tenaga elektrik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya, kebanyakan kelengkapan elektrik yang dirampas dipercayai dibawa masuk dari negara China.
Katanya penjual yang didapati menjual dan mempamer kelengkapan elektrik tidak mempunyai perakuan kelulusan dari ST akan disiasat mengikut Peraturan 97 dan 98, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
"Kami berharap pengguna tidak terlalu memilih harga apabila hendak membeli, sebaliknya melihat kepada label barang yang mendapat kelulusan ST kerana lebih berkualiti, tahan lama dan telah disahkan selamat," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]