Berita

Unit Serba Dinamik akan lancar platform kandungan di Asia dan Afrika



CYBERJAYA, 21 Okt -- Anak syarikat milik penuh  Serba Dinamik  Holdings Bhd,  Serba Dinamik  IT Solutions (SDIT), akan melancarkan platform perkongsian kandungan dalam talian berasaskan awan di Indonesia, India, Qatar dan beberapa negara Afrika pada tahun depan.

Ketua Pegawai Teknologi SDIT, Kalaikovan Antony berkata platform dalam talian dikenali sebagai Kelab Pertukaran Kandungan Global (Kelab GCE), menyediakan pengguna dengan akses tanpa terhad kepada koleksi kandungan yang luas, termasuk buku, jurnal, tesis, fail audio, multimedia, video, lukisan dan imej dalam gabungan pasaran ruang beli-belah.

"Melalui Kelab GCE, sesiapa sahaja dari seluruh dunia dapat menjual dan membeli kandungan akademik. Kami percaya bahawa kandungan bernilai harus diperolehi dengan mudah untuk mereka yang memerlukannya.

"Sehubungan itu, kami menyediakan penyumberan kandungan mudah, ringkas dan lancar. Kami menyasarkan sebanyak 50,000 pengguna GCE di seluruh dunia menjelang akhir tahun 2020, "katanya.

Kalaikovan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SDIT dan Geomatika University College Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di sini hari ini.

Beliau berkata di bawah MoU itu, para pelajar dan ahli akademik Geomatika boleh mencipta, melakukan pertukaran, mendigitalkan dan menjana wang menerusi penulisan mereka, tesis atau tugasan mereka di Kelab GCE dengan berkongsi kandungan dengan pasaran antarabangsa.

GCE juga menyediakan sudut pekerja bebas serta tempat bagi mereka yang mencari penterjemah dan pembaca pruf untuk tulisan mereka, tambahnya. 

-- BERNAMA


 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]