KUALA LUMPUR, 20 Okt – Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) di Pameran Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM 2019) baru-baru ini berjaya menjana nilai eksport sebanyak RM180 juta, sekali gus membuktikan peningkatan minat terhadap produk hijau tempatan.
IGEM 2019 telah diadakan pada 9-11 Oktober lepas manakala INSP itu dianjurkan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malasia (MATRADE).
Dalam satu kenyataan, MATRADE berkata INSP itu menyaksikan pembeli daripada lebih 30 negara seperti Argentina, Amerika Syarikat dan Netherlands yang dipadankan dengan 60 pembekal Malaysia.
Antara produk yang mendapat minat ketara pembeli termasuk produk hijau berkaitan pembinaan seperti lampu LED dan panel solar, produk berkaitan dengan biojisim, penyelesaian pengurusan sisa serta perkhidmatan berkaitan dengan pengurusan dan kemudahan alam sekitar.
Pengarah Minyak dan Gas, Kimia dan Tenaga MATRADE, Jai Shankar berkata perniagaan hijau merupakan satu perniagaan pintar kerana membabitkan teknologi dan sumber lebih bersih dan mapan untuk aspek komersial dan ruang penginapan.
"Perniagaan hijau misalnya adalah mampan kerana dunia semakin mengutamakan usaha mewujudkan ekonomi yang lebih bersifat keliling.
"Malaysia sebagai negara yang bergantung kepada perdagangan juga mempunyai banyak manfaat untuk mempromosikan perniagaan hijau dalam kalangan pengeksport dan pembeli dunia," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]