Berita

Perancis rasmi loji janakuasa solar terapung pertama

PARIS, 19 Okt -- Perancis merasmikan loji janakuasa solar terapung pertama negara itu yang terletak di tenggara Piolenc pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.

Perasmiannya disempurnakan Menteri Ekologi Elisabeth Borne.

"Sangat gembira untuk merasmikan stesen janakuasa solar di Piolenc di Vaucluse...yang juga menjadi kebanggaan negara," kata Borne menerusi ciapannya. 

"Ia adalah taman fotovolta terapung pertama di Perancis dan yang terbesar di Eropah: lebih banyak tenaga boleh baharu dapat dihasilkan," katanya.

Projek "O'MEGA1", yang dibangunkan Akuo Energy, pengeluar tenaga boleh baharu terkemuka Perancis, berupaya membekalkan elektrik kepada lebih 4,000 isi rumah sambil melindungi planet ini, kata setiausaha negeri Brune Poirson.

Dengan 47,000 panel PV solar, kilang itu akan menghasilkan tenaga meliputi penggunaan kira-kira 10,000 orang dan akan membantu mengelakkan pelepasan 1,093 tan karbon dioksida (CO2). 

Perancis bergantung kepada 58 reaktor nuklearnya untuk menjana lebih 75 peratus keperluan elektrik. 

Dalam perancangan ekologi yang dilancarkan lewat tahun 2018, Presiden Perancis Emmanuel Macron mahu mengurangkan pergantungan negara terhadap tenaga nuklear dan kuasa atom untuk mewujudkan negara yang bebas karbon bebas pada 2050.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]