Berita

Petronas lancar segmen perniagaan trak bawa LNG

KUALA LUMPUR, 18 Okt -- Petronas telah melancarkan perniagaan pengangkutan trak membawa gas asli cecair (LNG) bagi pelanggan di luar kawasan kemudahannya di Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Energy & Gas Trading Sdn Bhd Ezran Mahadzir berkata perniagaan itu dijadual beroperasi pada separuh kedua tahun depan.

“Komitmen Petronas untuk memenuhi keperluan pelanggan telah mendorong kami untuk memastikan kemudahan bekalan gas yang cekap kos, boleh diharap dan berkualiti untuk pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, bagi peringkat awal, kemudahan itu merangkumi empat laluan trak bagi pemunggahan selain turut berpotensi untuk pengembangan di masa depan.

Ezran berkata pengangkutan LNG menggunakan trak itu juga boleh dijadikankan model untuk kemudahan peralihan gas bagi pihak industri.

Beliau berkata, LNG dari sumber Terminal Regasifikasi Pengerang (RGT) dijangka dapat diangkut menerusi trak ke pelanggan di kawasan luar atau jauh daripada saluran paip utama selain kepada pelanggan berskala kecil.

“Faktor utama pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat yang merentasi rantaian nilai Petronas bersama penggiat industri lain.

“Sejajar kedudukan sebagai rakan penyelesaian tenaga yang progresif, Petronas berbangga dapat menawarkan akses alternatif bagi gas asli menerusi perniagaan pengangkutan trak LNG itu. Ia seiring usaha mewujudkan alam sekitar lebih bersih dengan menggalakkan penggunaan gas sebagai bahan api pilihan," katanya.

Pada masa ini, Petronas menawarkan penyelesaian bagi menyokong pasaran gas di Malaysia menerusi rangkaian saluran paip Penggunaan Gas Semenanjung Malaysia (PGU) sepanjang 2,500-kilometer dan RGT di Pengerang, Johor selain di Sungai Udang, Melaka.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]