Datuk Azmir Merican
KUALA LUMPUR, 18 Okt -- Syarikat penyelesaian pengurusan aset dan infrastruktur, UEM Edgenta Bhd membantu 32 hospital kerajaan di wilayah utara Semenanjung Malaysia melakukan penjimatan sebanyak RM23.6 juta menerusi pelaksanaan program pengurusan tenaga.
Program itu pada awalnya berlangsung selama 24 bulan dari Januari 2017 hingga Disember 2018.
Syarikat itu berkata inisiatif tersebut di bawah konsesi perkhidmatan sokongan hospital nasional telah berjaya mengurangkan pelepasan karbon yang menjejaskan alam sekitar dengan beberapa inisiatif yang mengikut penilaian Energy Management Gold Standard (EMGS) 1-Star ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) dan/atau EMGS 2-Star AEMAS.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmir Merican berkata teknologi pengesan (sensor) digunakan untuk memantau penggunaan tenaga daripada lampu dan penyejuk di hospital.
Penjimatan selanjutnya dijangka diperoleh pada masa depan berikutan penekanan ketara ke arah menjalankan penyelenggaraan berjangka dan pencegahan di semua aspek operasi hospital di bawah penjagaan syarikat.
"Lebih banyak pentadbir hospital dan pasukan pengurusan yang telah kami hubungi kini memahami bahawa keuntungan yang ketara dapat dicapai dengan inisiatif kecekapan tenaga dan hakikat bahawa pelaburan awal dibuat akan membuahkan hasil dalam jangka masa panjang.
"Ini dapat dilaksanakan melalui program Kontrak Prestasi Tenaga (EPC), konsep penjimatan berkongsi yang inovati yang membantu syarikat menangani komitmen modal pendahuluan dengan keputusan yang pantas, dan juga memberi impak kepada pendapatan bersih syarikat," kata Azmir dalam satu kenyataan hari ini.
Kemudahan kesihatan seperti hospital dianggap sebagai pengguna tenaga utama kerana keperluan mereka untuk bekalan tenaga terjamin selama 24 jam untuk pengudaraan, pencahayaan, penyaman udara dan penggunaan peralatan perubatan dan bukan perubatan dan juga penting bagi kemudahan ini agar lebih bersifat kelestarian alam sekitar.
Tahun lepas, UEM Edgenta memulakan pelaksanaan EPC untuk kemudahan penjagaan kesihatan Kementerian Kesihatan seperti Hospital Teluk Intan dan Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital di Perak, serta terbaharu, Hospital Kepala Batas di Pulau Pinang pada 2019.
Keputusannya sangat menggalakkan dengan hospital-hospital ini mencapai penjimatan kos dan pengurangan penggunaan tenaga.
Dari Januari hingga Disember 2018, Hospital Teluk Intan mencatatkan penjimatan secara purata sebanyak RM1.07 juta berbanding tahun sebelumnya, merupakan penjimatan tenaga 30 peratus bersamaan dengan 2,927,136 kWh.
Azmir berkata penjimatan itu berjaya dilakukan kerana banyak perubahan dan penambahbaikan telah dilakukan seperti kawalan pengambilan pengudaraan, penyejuk tenaga cekap, penyesuaian semula lampu, dan sistem automatik bangunan lain, bagi mengurangkan penggunaan tenaga serta pemantauan masa nyata untuk semua hospital yang dikendalikannya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]