KUALA LUMPUR, 16 Oct -- Subsidiari milik penuh Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB), Serba Dinamik International Ltd (SDIL) dan Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB), telah mendapat lima kontrak dengan anggaran nilai gabungan sebanyak RM682.81 juta.
SDHB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini memberitahu SDIL telah mendapat kontrak pengoperasian serta penyelenggaraan (O&M) daripada Revenue International L. L. C bagi tujuan membaiki, baikpulih dan penyelenggaraan pam, kompresor termasuk lain-lain peralatan berputar dengan tenaga kerja serta alat ganti mulai 14 Ogos 2019 hingga 13 Ogos 2022.
Sementara itu, SDSB telah mendapat dua kontrak O&M dan dua kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan serta pentauliahan daripada State Concern Turkmengas bagi penghantaran peralatan tambahan serta automasi untuk saluran paip gas sepanjang 214 kilometer dari 13 Sept 2019 sehingga kerja selesai.
Menurut SDHB, kontrak tersebut dijangka akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2019.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]