Berita

Bank Hong Leong peruntukkan RM500 juta untuk tenaga boleh diperbaharui

KUALA LUMPUR, 16 Okt  -- Bank Hong Leong telah memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM500 juta untuk tenaga boleh diperbaharui (RE) bagi tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong matlamat kerajaan yang mahu meningkatkan bahagian RE kepada 20 peratus daripada penjanaan tenaga negara menjelang 2025. 

Bank itu dalam satu kenyataan hari ini berkata ia juga menyediakan sebahagian daripada pinjaman itu kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berminat untuk memasuki bidang penerokaan RE, dengan solar, biogas dan mini hidro sebagai medan tumpuan utama. 

"Kami telah mengenal pasti potensi RE sebagai industri komersil yang mampu mencatatkan pertumbuhan berdaya maju, selepas mengambil kira bahawa kerajaan juga sedang giat membangunkan industri ini.

"Menjelang Ogos 2019, pihak bank telah meluluskan hampir RM300 juta dalam pembiayaan di mana kami yakin ia akan melepasi sasaran RM500 juta menjelang akhir tahun kewangan ini, dua tahun lebih awal di hadapan jadual," kata Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Korporat , Yow Kuan Tuck. 

Pembiayaan bank tersebut merangkumi 20 projek RE daripada syarikat korporat yang besar sehingga kepada PKS yang menjana tenaga daripada biogas dan solar fotovoltan, ia juga akan memulakan pembiayaan projek membabitkan mini hidro tidak lama lagi, katanya.

Yow menunjukkan bahawa jajaran pembiayaan lestari semasa adalah pada purata RM10-15 juta bagi setiap projek yang bukan membabitkan tenaga solar.

Bank itu juga mempunyai pelan untuk meneruskan kecekapan tenaga serta menyokong peralihan perniagaan ke arah ekonomi yang rendah karbon.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]