KUALA LUMPUR, 11 Okt–McDonald's Malaysia memperuntukkan RM60 juta untuk memperoleh peralatan cekap tenaga (EE) dan tenaga boleh baharu (RE) untuk 200 restorannya dalam tempoh lima tahun akan datang.
Sehingga 2019, 54 restoran segeranya dilengkapi peralatan EE dan RE, dengan nilai pelaburan berjumlah RM11.5 juta, manakala 124 restoran lagi sudah pun melaksanakan sekurang-kurangnya salah satu daripada inisiatif hijau berkenaan.
McDonald's Malaysia kini mempunyai lebih 280 restoran di seluruh negara.
"Sebagai syarikat dan jenama yang mempunyai jejak meluas di peringkat global, kami mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan peranan kami kepada masyarakat dan alam sekitar.
"Kami berhasrat mengguna strategi yang baik untuk mencapai matlamat ini sambil membantu negara merealisasikan komitmennya untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) negara," kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar, dalam kenyataan.
Beliau berkata McDonald’s sedang berusaha memastikan 100 peratus restorannya dipasang peralatan EE dan RE yang bersesuaian.
Azmir berkata restoran pandu lalu pertama McDonald's yang paling lengkap di Malaysia, di Setia Alam, merupakan restoran model yang dilengkapi ciri-ciri lestari yang membolehkan penjimatan operasi syarikat.
Ciri-ciri hijau utama di restoran itu, yang juga akan dipasang secara berperingkat untuk semua cawangan McDonald's di seluruh negara, termasuk sistem bumbung bersepadu dengan solar photovoltan, pemanas air solar terma, sistem pengumpulan air hujan, lampu jalan LED dan sistem penyaman udara hibrid.
Ciri lestari lain yang dapat dilihat di restoran McDonald’s termasuk dinding hijau, cat VOC yang rendah, sistem pemantauan tenaga dan penggunaan minyak kelapa sawit lestari yang disahkan RSPO.
McDonald's Malaysia juga telah memperkenal amalan pemisahan sisa di semua restorannya di seluruh negara untuk menanam amalan kitar semula dalam kalangan pekerjanya, yang juga dapat mengurangkan kos pemprosesan sisa.
Di samping itu, ia berjaya mengurangkan 400 tan karbon dioksida sepanjang tahun melalui penyelesaian teknologi hijau. Ini diterjemahkan kepada RM300,000 penjimatan bil elektrik.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]