Berita

Petronas menangi tiga blok cari gali dalam pusingan bidaan Brazil



KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Syarikat minyak dan gas negara, Petronas menerusi anak syarikatnya, Petronas Petróleo Brasil Ltda (PPBL) memenangi tiga blok cari gali dalam pusingan bidaan blok cari gali Brazil yang diadakan di Rio de Janeiro semalam.

PPBL memenangi Blok CM 661, CM 715 dan CM 541, kesemuanya terletak di Lembangan Campos, luar pesisir Brazil, menurut pengumuman awam yang dibuat oleh Agensi Petroleum, Gas Asli dan Biobahan Api Nasional Brazil (ANP) semasa bidaan Konsesi Pusingan 16 ANP.

Bagi Blok CM 661 dan CM 715, PPBL sebagai pengendali memegang 100 peratus kepentingan ekuiti manakala bagi Blok CM 541 pula, Total dari Perancis sebagai pengendali memegang 40 peratus ekuiti, Qatar Petroleum (40 peratus) dan PPBL menguasai baki 20 peratus, menurut Petronas dalam kenyataan di sini  hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata pihaknya amat gembira dengan keputusan itu dan mahu memperkukuhkan dan membangunkan lagi usaha niaga Petronas di Brazil, antara lembangan paling prolifik di dunia.

“Susulan pemeteraian perjanjian jual dan beli untuk memperolehi pegangan dalam Tartaruga Verde dan Module III di medan minyak Espadarte pada April 2019, yang kini tertakluk kepada syarat-syarat akhir, kejayaan dalam pusingan kali ini telah meneguhkan lagi strategi pertumbuhan global Petronas memandangkan syarikat sedang mempelbagaikan dan mengembangkan portfolio perniagaan minyaknya di rantau Amerika Selatan,” katanya.

Selain segmen huluan, Petronas juga mempunyai usaha niaga lain di Brazil termasuk Petronas Lubrificantes Brasil S.A., anak syarikat Petronas Lubricants International (PLI), serta perniagaan logistik menerusi MISC Bhd.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]