KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Subsidiari WZ Satu Bhd, WZS Biogas Jerantut Sdn Bhd, akan membekalkan tenaga hijau yang dijana melalui cadangan loji tenaga biogas di Jerantut, Pahang kepada Tenaga Nasional Bhd untuk 21 tahun.
Kumpulan kejuruteraan awam dan pembinaan itu dalam satu kenyataan menjelaskan ia akan mengaut hasil sebanyak RM3 juta hingga RM4 juta setahun.
Cadangan loji yang dijangka beroperasi pada Januari 2022 akan menjana tenaga berkekuatan 1 MW sejam, bersamaan dengan penggunaan kira-kira 500-600 isi rumah sehari.
Menurut WZ Satu, WZS Biogas hari ini telah menandatangani perjanjian bina, milik dan pindah dengan Kilang Kelapa Sawit Jerantut Sdn Bhd, menandakan penglibatan sulungnya dalam sektor tenaga mesra alam.
WZS Biogas Jerantut (dahulunya Trilion Pentagon Sdn Bhd) menerima kelulusan pada Januari tahun ini bagi membekalkan tenaga hijau yang dijana oleh loji cadangan tersebut. Ini terhasil daripada penyertaannya dalam proses e-Bidaan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari pada 20 Nov 2018.
Sementara itu, anak syarikat WZ Satu iaitu WZS Powergen Sdn Bhd akan membekalkan sistem enjin biogas kepada loji berkenaan.
"WZS Powergen mampu menyediakan industri tempatan dengan pengetahuan dan kepakaran dalam urusan penjanaan biogas dan, dengan memiliki sistem sumber terbuka, pengguna akan dapat menyelenggara unit ini dengan pasukan penyelenggaraan mereka sendiri.
"Oleh itu, WZS Powergen secara aktif mahu meningkatkan portfolio tenaga mesra alamnya melalui projek-projek hijau dan yang sudah tamat tempoh di Malaysia," kata syarikat itu.
WZS Powergen juga membuat pemasangan tempatan set generator diesel khas Zone 2 yang digunakan dalam industri kalis letupan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]