Berita

Malaysia perlu eksport lebih banyak panel solar, kata Dr Mahathir



KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Malaysia perlu meningkatkan eksport panel solarnya  memandangkan negara menghasilkan panel solar yang berkualiti baik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport panel solar yang terbesar ke Amerika Syarikat.

“Panel solar kita adalah berkualit amat baik. Jadi kita boleh meningkatkan eksport panel solar seterusnya. Ini adalah arah yang kita telah lakukan dan kita komited terhadapnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan solusi bumbung solar pertama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di negara ini dikenali sebagai M oleh PETRONAS.

Pelancaran itu adalah bersempena dengan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa (IGEM) di sini, hari ini. 

Yang turut hadir pada pelancaran majlis itu ialah Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]