Berita

SEDA meterai MoU dengan Power Ledger dan UTM



KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Power Ledger Pty Ltd dari Australia dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkaitan kerjasama dalam teknologi hijau.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin menyaksikan majlis pemeteraian itu selepas melancarkan projek rintis perdagangan tenaga rakan setara (PSP) pertama di Malaysia oleh Power Ledger, penyedia platform perdagangan tenaga.

“Kami amat gembira menyaksikan P2P akhirnya menjadi projek rintis untuk Malaysia. Malaysia menjadi negara ASEAN kedua selepas Thailand menjalankan projek rintis perdagangan tenaga P2P.

“P2P ini suatu yang inovatif, sejajar dengan pelan pembaharuan industri elektrik kita dan kami ingin melihat hasil daripada projek rintis itu dan kami akan melangkah lebih jauh,” katanya pada majlis pemeteraian yang diadakan pada Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia Ke-10 (iGEM) 2019 di sini hari ini.

Dalam projek rintis itu, sandbox pengawalseliaan diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dengan platform P2P disediakan oleh Power Ledger.

Projek rintis itu yang dijangka berlangsung selama lapan bulan mendapat kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNBX Sdn Bhd dan Persatuan Industri Fotovoltaik Malaysia (MPIA) termasuk Pekat Solar Sdn Bhd dan Plus Solar Systems Sdn Bhd. 

Sementara itu, MoU dengan UTM akan menyaksikan penambahbaikan kepada pengurusan tenaga berikutan universiti tempatan itu dikenali sebagai pakar dalam biogas, biojisim dan pengurusan tenaga. 

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]