For illustration purpose only.
KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Anak syarikat milik penuh Handal Energy Bhd (Handal), Handal Energy Solutions Sdn Bhd, membuat kemasukan sulung ke dalam segmen tenaga boleh diperbaharui menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) untuk bersama-sama membangunkan kereta lumba elektrik berserta teknologi hidrogen di Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, Handal berkata MoA itu ditandatangani bersama NanoMalaysia Bhd, Pulsar UAV Sdn Bhd (Pulsar), MNA Energy Sdn Bhd (MNA Energy) dan Wheelspin Motorsports.
Handal berkata HyPER akan dikuasakan oleh Sistem Penyimpanan Tenaga Hibrid dan Hidrogen NanoMalaysia, yang dilengkapi teknologi penjanaan hidrogen berserta ultrakapasitor berasaskan grafin, yang dibangunkan bersama Pulsar dan MNA Energy.
Pengerusi Handal, Tengku Baderul Zaman Ibni Sultan Mahmud berkata usaha niaga itu adalah sebahagian pelan strategi syarikat untuk membangunkan perniagaan mampan mengikut kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
“Teknologi yang dibangunkan bagi HyPER akan mampu menyelesaikan beberapa isu berkaitan industri kenderaan elektrik,” katanya.
Beliau berkata syarikat telah melengkapkan proses penyelidikan dan pembangunan serta sedang merancang untuk membangunkan prototaip pertama.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]