KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikatnya Petronas LNG Ltd (PLL) memeterai perjanjian jual beli (SPA) gas asli cecair (LNG) bagi tempoh lima tahun dengan Korea Midland Power Co Ltd (KOMIPO).
Di bawah SPA itu, KOMIPO bersetuju untuk membeli anggaran 0.24 juta tan LNG setahun daripada PLL mengikut asas '’delivery ex-ship'’ (DES) bagi tempoh lima tahun mulai 2020, kata Petronas dalam kenyataan di sini.
“Kami berbesar hati dapat membina hubungan dengan KOMIPO, syarikat penjana kuasa terbesar di Korea Selatan, dan meningkatkan pangkalan pelanggan kami di rantau itu,” kata Naib Presiden Pemasaran dan Perdagangan LNG, Ahmad Adly Alias.
“Perjanjian ini menunjukkan peningkatan keupayaan PLL untuk menyediakan penyelesaian tenaga bersih sebagai rakan kongsi untuk kelestarian masa depan,” katanya.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KOMIPO Hyung Koo Park berkata ia amat bermakna kepada KOMIPO dalam banyak cara untuk membina hubungan perniagaan baik dengan PLL.
PLL ialah satu daripada pembekal LNG terkemuka dunia dan diiktiraf oleh industri sebagai syarikat paling boleh dipercayai.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]