KOTA KINABALU, 9 Okt -- Anggota bomba perlu terus diberikan pendedahan mengenai risiko terkena renjatan elektrik atau percikan arka semasa menjalankan operasi kebombaan, kata Pengarah Kawal Selia Keselamatan Suruhanjaya Tenaga (ST) Md Zakuan Ibrahim.
Beliau berkata pendedahan itu bagi membolehkan anggota bomba bersedia dengan tindakan sesuai ketika menghadapi situasi melibatkan elektrik.
Sehubungan itu katanya, ST dengan kerjasama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menganjurkan satu taklimat khas bagi memberi pendedahan dan persediaan kepada anggota bomba.
“Kita berharap dengan pendedahan secara konsisten berkenaan bahaya elektrik kepada pegawai dan anggota bomba dapat mengelakkan kes kemalangan elektrik semasa kerja-kerja operasi dan menyelamat dijalankan,” katanya ketika berucap merasmikan Taklimat Keselamatan Elektrik kepada anggota bomba Sabah, di sini, hari ini.
Md Zakuan berkata sejak 2015, ST telah menerima tujuh laporan kemalangan elektrik yang berlaku semasa kebakaran atau operasi menyelamat yang melibatkan anggota bomba dan orang awam.
“Pada tahun ini iaitu sehingga September sahaja sebanyak dua kes kemalangan elektrik dilaporkan dan kedua-duanya berlaku di Sabah. Oleh itu, untuk mengelakkan jumlah ini terus meningkat kita perlu memberikan pendedahan kepada anggota bomba,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata sejak ditubuhkan 17 tahun lepas, ST telah merekodkan sebanyak 1,013 kes kemalangan elektrik dengan 503 daripadanya telah meragut nyawa.
“Setiap tahun secara puratanya kami menerima 57 kes kemalangan elektrik dan siasatan mendapati majoriti kemalangan berlaku akibat pemasangan dan penyelenggaraan yang tidak sempurna,” tambahnya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]