KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata terserah sepenuhnya kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memutuskan sama ada mahu mengambil bahagian dalam tawaran awam permulaan (IPO) Saudi Aramco.
Saudi Aramco dikatakan telah menghubungi beberapa pengeluar minyak utama nasional Asia termasuk Petronas berhubung potensi pelaburan utama dalam IPO syarikat tersebut.
“(Ia) bergantung kepada Petronas. Bukan saya (yang akan memutuskannya),” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada kerajaan mahu melihat Petronas menyertai dalam IPO Saudi Aramco.
Pada 2 Okt, Petronas berkata ia masih belum menerima sebarang tawaran untuk menjadi pelabur utama berpotensi dalam IPO tersebut.
“Setakat ini Petronas masih belum menerima sebarang tawaran daripada Saudi Aramco atau wakil dilantiknya untuk menjadi pelabur utams berpotensi dalam cadangan IPO itu,” kata syarikat minyak tesebut.
Dilaporkan bahawa Saudi Aramco dan penasihatnya telah menghubungi beberapa pelabur berpotensi, termasuk China National Petroleum Corp dan entiti milik negara dari Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait, serta dana pencen Kanada.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]