KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menubuhkan cabang modal teroka, Petronas Corporate Venture Capital (CVC) untuk memacu inovasi teknologi dan mengekalkan kelebihan daya saing bagi menyokong perniagaan minyak dan gasnya untuk meningkatkan lagi pertumbuhan.
Petronas dalam satu kenyataan pada Jumaat lepas berkata dana sebanyak US$350 juta telah diperuntukkan bagi Petronas CVC untuk menyasarkan pelaburan langsung dalam syarikat pemula niaga teknologi dalam industri 4.0, bahan-bahan canggih dan kimia khusus, masa depan tenaga serta akses ke pasaran baharu.
Liputan global Petronas CVC akan menumpukan bukan sahaja di Amerika Utara dan Eropah, yang dikendalikan oleh cabang modal teroka yang dilancarkan baru-baru ini, PTV International Ventures America (PIVA) tetapi juga syarikat pemula niaga di Asia-Pasifik dan Malaysia, bagi merangsang keusahawanan tempatan dan ekosistem modal teroka.
Dana itu akan berfungsi sebagai pihak berkepentingan minoriti dalam syarikat di tahap awal pertumbuhan memanfaatkan rangkaian global Petronas yang kukuh dalam rantaian nilai tenaga bagi kesesuaian strategik dengan rakan kongsi dan pelabur bersama, dan membantu meningkatkan pemula niaga.
Petronas CVC akan giat terlibat dalam ekosistem modal teroka, sama ada di Lembah Silikon atau Kuala Lumpur, bagi meninjau usahawan berwawasan untuk menyelesaikan masalah kritikal dalam industri dan sektor tenaga menerusi teknologi yang berjaya dan model perniagaan inovatif.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]