Berita

Petronas raih dua anugerah Putra Brand

KUALA LUMPUR, 3 Okt -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) meraih Anugerah Platinum Putra Brand dan Anugerah Hall of Fame bagi kategori bahan api automotif, pelincir dan aksesori pada Anugerah Putra Brand yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd (PDB) Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata setelah memenangi Anugerah Emas selama sembilan tahun berturut-turut sebelum ini, anugerah tahun ini merupakan pengiktirafan ke atas peningkatan tarikan jenama produknya dalam kalangan rakyat Malaysia. 

 “Petronas berbangga dipilih sekali lagi sebagai jenama kegemaran rakyat Malaysia. Kedua-dua anugerah itu adalah yang pertama bagi kami dan ia mencerminkan kekuatan jenama kami. 

"Kami sentiasa melabur untuk mengukuhkan produk kami bagi memastikan ia memenuhi keperluan pelanggan bagi pemanduan yang lancar tanpa gangguan. Kepercayaan mereka terhadap jenama kami adalah bukti jelas kualiti tinggi bahan api dan pelincir kami,” katanya. 

Terdahulu tahun ini, PDB melancarkan Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive yang menjanjikan pemanduan lebih lancar, responsif dan cekap. Bahan api itu mendapat maklum balas yang sangat positif. 

Baru-baru ini, syarikat itu juga memperkenalkan rangkaian baharu Petronas Syntium dengan pelincir CoolTech yang diformulakan untuk meredakan kepanasan enjin berlebihan bagi prestasi dan kecekapan enjin yang lebih baik. 

Buat pertama kalinya, rangkaian produk itu juga menampilkan minyak khusus bagi enjin hidrid, menandakan penerokaan pertama syarikat itu ke pasaran kenderaan hibrid yang sedang berkembang pesat. 

Gabungan Petronas Primax dan Petronas Syntium yang memenangi anugerah itu digunakan oleh pasukan kereta lumba Formula Satu Mercedes-AMG Petronas untuk menjuarai kategori Pengeluar Kejohanan Formula Satu buat kali kelima pada 2018.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]