Berita

Kerjasama Sabah-Kalimantan dalam sektor hiliran minyak dan gas



BALIKPAPAN, (Indonesia), 1 Okt  -- Kerjasama aktiviti hiliran dalam bidang minyak dan gas berpotensi dibangunkan untuk manfaat wilayah Borneo,  kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurut beliau, dengan Indonesia mempunyai tanah yang luas untuk pertanian, ia memerlukan baja untuk dimajukan dan baja itu boleh dihasilkan daripada sumber minyak dan gas. 

"Buat masa ini, Pertamina masih belum berkeupayaan untuk menghasilkan baja daripada minyak dan gas," katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat Refinery Unit V Pertamina Balikpapan di sini, hari ini.

Justeru, Mohd Shafie berkata, di Sabah kini sudah mempunyai Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dan SAMUR yang mampu menghasilkan baja berasaskan sumber minyak dan gas.

Katanya, ia bagi memenuhi keperluan sektor pertanian seterusnya menjurus ke arah jaminan keselamatan makanan di rantau ini.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]