Berita

Kerjasama Petronas, Pertamina mampu jadi pemain global



BALIKPAPAN (Indonesia), 1 Okt -- Kerjasama antara syarikat petroleum nasional Malaysia dan Indonesia membabitkan Petronas dan Pertamina boleh menjadikan mereka pemain global yang penting di dunia.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dua negara berjiran itu serta Brunei Darussalam adalah negara pengeluar minyak dan gas utama di rantau ini.

Katanya, beliau yakin seperti apa yang telah disuarakan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menyuarakan mengenai Petronas dan Pertamina perlu menjalin kerjasama yang erat.

"Ini adalah jalan yang cukup baik yang kita harus sambut kerana kalau kerjasama di antara Pertamina mahupun Petronas sudah sekian lama dilaksanakan dengan syarikat minyak antarabangsa seperti Shell, BP dan lain-lain dan saya yakin dengan kerjasama ini perlu kita realisasikan.

"Banyak sumber ini bukan diperoleh, contohnya, di Thailand, tidak diperoleh di Vietnam, tidak diperoleh di India, tidak diperoleh di China dan Filipina," katanya kepada pemberita selepas melawat Pertamina Refinery Unit V Balikpapan di sini, hari ini.

Beliau mengetuai lawatan Kerajaan Negeri Sabah di Balikpapan Kalimantan Timur dan Tarakan Kalimantan Utara selama tiga hari hingga esok.

Mohd Shafie berkata, jika rantau ini dapat meningkatkan kerjasama dengan rapat dan bukan beroperasi secara bersendirian, kemungkinan hasilnya terbatas. 

"Tetapi kalau ia menjadi satu pemain global, kemungkinan ianya akan memberi manfaat yang baik," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Petronas (Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin) untuk melihat langkah-langkah yang perlu untuk kebaikan bukan hanya negara tetapi juga Sabah. 

"Kerana kita mempunyai sumber yang kita peroleh daripada hasil negeri dan bagaimana dapat kita manfaatkan bukan hanya dari segi sumber kewangannya tetapi juga menyumbang peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada anak kita di peringkat negeri Sabah," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Pertamina Refinery Unit V Balikpapan Mulyono menyifatkan lawatan Mohd Shafie itu sebagai langkah awal untuk memulai peluang yang ada untuk mengembangkan perniagaan antara Pertamina dan Petronas.

Selepas ini, tentunya nanti ada banyak potensi perniagaan lain yang boleh dikembangkan yang memberi manfaat baik bagi masyarakat kedua-dua belah pihak sama ada Malaysia, mahupun Indonesia, katanya.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]