KUALA LUMPUR, 30 Sept -- AmInvestment Bank Bhd mengekalkan saranan 'beli' terhadap Sapura Energy Bhd pada nilai tidak berubah 50 sen, berdasarkan jangkaan bahawa penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu itu akan berada pada aliran meningkat, susulan peningkatan jumlah bidaan bagi kontrak.
Dalam nota penyelidikan, ia berkata bidaan Sapura kini meningkat 26 peratus suku ke suku (QoQ) kepada US$8.6 bilion dengan prospek tambahan tender meningkat sebanyak 16 peratus QoQ kepada US$9.3 bilion.
Ia memperoleh kerja baharu bernilai RM3.1 bilion pada tahun ini yang termasuk kontrak baharu bernilai RM774 juta yang dumumkan Jumaat lepas, mengambil kira kerja pembangunan Salman di Brunei, Bardegg-2 dan projek penemuan minyak dipertingkat Baronia untuk Petronas Carigali, pajakan pelantar baharu bagi T-17 dan pelanjutan kontrak untuk Sapura Berani dan Pelaut.
Sebuah lagi firma penyelidikan, Public Investment Bank Bhd (PIVB) berkata melihat pada pemerolehan kerja baharu itu, pihaknya positif bahawa Sapura akan memperkukuhkan profil nilai perolehan kontrak kumpulan (kini bernilai RM16.3 billion) dan prospek pendapatan.
Dengan pendapatan dijangka meningkat pada separuh kedua tahun kewangan 2020 (2HFY20) dan seterusnya walaupun secara berperingkat, kami mengekalkan penarafan 'outperform’ kami ke atas Sapura pada harga sasaran (TP) 39 sen daripada 43 sen sebelumnya," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Sementara itu, MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan penarafan 'neutral' ke atas Sapura dengan TP disemak semula kepada 30 sen daripada 34 sen sebelumnya.
"Walaupun pendapatan lebih baik dijangkakan yang didorong oleh kontrak yang diraih baru-baru ini dan peningkatan tahap aktiviti meliputi semua segmen perniagaannya dari 2H FY2020 dan seterusnya; kami kekal bimbang dengan tekanan margin berpanjangan dan kadar pajakan bagi segmen kejuruteraan dan pembinaan (E&C) dan penggerudian," kata MIDF.
Pada 11.55 pagi, saham Sapura turun satu sen kepada 27.5 sen dengan 25.64 juta diniagakan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]