Berita

Sarawak kemuka formula baharu "perkongsian hasil" dengan Petronas - Abang Johari



KUCHING, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan Sarawak telah mengemukakan formula baharu kepada Putrajaya mengenai 'perkongsian hasil' dengan Petronas dalam usaha untuk mendapatkan semula kehilangan hasil daripada royalti minyak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata formula baharu itu telah diserahkan kepada kerajaan persekutuan tetapi beliau tidak menyatakan tarikhnya.

Abang Johari berkata beliau sedar bahawa entiti berkaitan kerajaan itu adalah sebuah syarikat antarabangsa tetapi itu tidak bermakna ia menyebabkan negeri kehilangan hasil.

Ketika mengekalan Petronas sebagai syarikat antarabangsa, ada formula yang membolehkan sarawak juga mengambil bahagian. Saya telah submit kita punya proposal, formula kita sendiri, ia adalah modul baharu yang saya percaya tidak akan menjejaskan Petronas sebagai syarikat antarabangsa,” kata beliau.

"Kami-lah yang menghasilkan bahan mentah untuk Petronas dari segi gas serta minyak mentah, terutama gas, jadi saya mempunyai formula saya yang bersifat komersial," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan sempena Hari Wanita Sarawak 2019, di sini, hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata di New York semalam bahawa memberi 20 peratus royalti minyak kepada Sarawak dan Sabah bermakna Petronas tidak lagi menjadi syarikat minyak antarabangsa seperti sepatutnya.

Dr Mahathir juga dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan cuba untuk mencari kaedah mengenai bagaimana ia dapat menyalurkan lebih banyak dana kepada kedua-dua negeri tanpa menjejaskan kekuatan Petronas.

Abang Johari berkata beliau bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butir formula itu kerana ia masih dalam proses perundingan dengan kerajaan persekutuan.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]