Berita

M’sia tidak akan bayar kos untuk kembalikan sisa yang diimport ke negara asal - Yeo



GEORGE TOWN, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan tidak akan bayar walau satu sen pun kos bagi menghantar kontena berisi sisa plastik kembali ke negara asalnya, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC) Yeo Bee Yin.

Beliau berkata kementeriannya sedang bekerjasama dengan kerajaan Pulau Pinang dalam menguruskan perkara itu, dan sudah menghubungi pejabat-pejabat kedutaan yang terlibat bagi menghantar balik bahan sisa itu kepada syarikat-syarikat dan negara yang terlibat.

“Ia bukan saja soal kos, ia mengenai maruah. Mengapa mereka hantar barang-barang ini kepada kita, dan kita masih perlu membayar untuk mengembalikannya. Pihak yang bertanggunjawab perlu membayar denda kerana mengimport sisa secara haram sehingga mereka ambil balik sisa berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan edisi kelapan pameran Penang International Green Conference & Exhibition (PGIGCE) 2019 bersama dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di sini9 hari ini.

Beliau berkata wakil dari United Kingdom tiba di Pulau Pinang beberapa hari lepas bagi mengenal pasti pemilik 42 daripada of 265 kontena yang berisi dengan sisa plastik yang ditemui ditinggalkan di North Butterworth Container Terminal (NBCT) sejak Januari lepas.

“Mengenal pasti penghantar bukan isunya, tapi prosedur itu sendiri akan mengambil masa,” katanya.

Dalam perkembangan lain Teo berkata kerajaan akan memberikan bantuan sokongan yang sewajarnya kepada kerajaan Pulau Pinang dalam menangani isu berkaitan peningkatan paras laut disebabkan perubahan iklim.

Beliau berkata kerajaan negeri sudah mempunyai rancangan kearah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri berdaya tahan dalam menangani isu perubahan iklim.

Terdahulu dalam ucapannya Yeo mengumumkan inisiatif kerajaan memberikan insentif kepada Pulau Pinang bagi memangkin penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia dan menarik lebih banyak pelajar mengikuti pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

 Insentif yang diumumkan termasuk pemasangan empat set panel solar di tiga buah sekolah di Pulau Pinang dan satu entiti pilihan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), serta peruntukan RM500,000 kepada Tech Dome Penang bagi menawarkan kemasukan percuma kepada pelajar.

Dengan tema 'Penang Green and Smart City', program tiga hari yang menampilkan 70 ruang pameran itu dikatakan sebagai PGIGCE terbesar yang pernah dianjurkan di sini.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]