Berita

Tiada peningkatan paras radiasi di loji Lynas - Laporan



KUALA LUMPUR, 28 Sept -- Pemantauan alam sekitar menunjukkan tiada peningkatan paras radiasi dalam tempoh tujuh tahun Lynas Advanced Materials Plant beroperasi di Pahang, menurut satu laporan.

 Menurut Laporan Kemapanan Lynas 2019, Lynas telah melaksanakan proses secara menyeluruh bagi memastikan operasinya selamat untuk pekerja, alam sekitar dan masyarakat serta pelanggan.

“Pemantauan radiasi alam sekitar dan radioaktif terhadap air, tanah dan sampel mendapan pada satu kilometer (km), lima km, 10 km dan 20 km daripada loji Lynas, dijalankan mengikut pensampelan dan kaedah pemantauan yang diterima di peringkat antarabangsa.

“Laporan keselamatan Lynas selari dengan garis panduan OSHA (Keselamatan Pekerjaan dan Pentadbiran Kesihatan) dalam merekodkan dan melaporkan kecederaan dan penyakit di tempat kerja.

“Tiada kematian akibat operasi loji itu sejak ia mula beroperasi pada akhir 2012," menurut laporan itu.

Dari segi masyarakat dan hak asasi manusia, menurut laporan itu, penglibatan Lynas dengan masyarakat di kawasan tersebut adalah “aktif, inklusif dan adil”.

Pekerja tempatan mewakili 97 peratus  daripada 650 tenaga kerja Lynas Malaysia.

Laporan itu juga menyebut Lynas turut melibatkan diri dengan masyarakat tempatan dan bagi tahun kewangan 2019, ia memperluaskan perkhidmatan masyarakat ke kawasan lebih luas di Kuantan.

Sumbangan Lynas kepada masyarakat setempat termasuk program kembali ke sekolah yang menyediakan pakaian seragam dan bahan pendidikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, sumbangan untuk rumah kebajikan, program kitar semula, pemeriksaan kesihatan percuma, acara sukan serta lawatan ke loji, menurut laporan itu.

-- BERNAMA


 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]