KUALA LUMPUR, 23 Sept -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi larangan ketika berada di kawasan yang dipasang notis makluman potensi risiko renjatan elektrik.
TNB dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara aktiviti tidak dibenarkan bagi kawasan berdekatan talian atas bervoltan tinggi adalah membawa peralatan panjang seperti galah dan memancing di kolam atau tasik di bawah talian.
"Bermain layang-layang dan helikopter atau kapal terbang kawalan jauh serta dron juga mengundang risiko renjatan elektrik.
"Aktiviti-aktiviti tersebut amat berbahaya dan berisiko tinggi mengakibatkan renjatan elektrik dan percikan arka (flashover) yang bukan sahaja boleh merosakkan harta benda, bahkan mengancam nyawa," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan kejadian menimpa seorang pelajar yang maut akibat renjatan elektrik ketika mengait umpan tiruannya yang tersangkut pada kabel elektrik di Bachok, Kelantan pada Jumaat lepas.
Mengulas insiden itu, TNB memaklumkan ketika kejadian mangsa berada di bawah talian bervoltan tinggi yang terdedah kepada renjatan elektrik dan percikan arka.
TNB dalam kenyataan itu turut menzahirkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Media sebelum ini melaporkan mangsa Muhamad Danial Harith Mohamad Satar, 13, bersama rakannya ke lokasi kejadian untuk mengait umpan tiruan kailnya yang terlekat pada wayar elektrik.
Menurut laporan itu, ​mangsa menggunakan galah buluh yang basah untuk mengait sehingga menyebabkan berlaku renjatan elektrik sebelum tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.
Orang ramai yang melihat situasi boleh mengancam keselamatan orang lain atau menjejaskan bekalan elektrik supaya segera menghubungi Facebook TNB CareLine atau talian 15454 supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mencegah perkara tidak diingini daripada berlaku.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]