Oleh Mohd Khairi Idham Amran
KUALA LUMPUR, 22 Sept -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) berharap Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada bulan depan akan memperuntukkan dana secukupnya bagi pelaksanaan fasa pertama Dasar Automotif Negara (NAP) 2019.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Madani Sahari berkata fasa pertama NAP 2019 yang akan bermula tahun depan sehingga 2023-2024, merupakan kesinambungan kepada NAP 2014 dengan penekanan kepada penambahbaikan dasar-dasar polisi dengan teknologi baharu termasuk aspek modal insan dan kecekapan tenaga pekerja.
“Kita sudah hantar (permohonan peruntukan) dan mengharapkan supaya perlaksanaan fasa pertama NAP 2019 itu dibuat dengan dana yang mencukupi,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Belanjawan 2020 itu dijadual dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 11 Oktober depan.
Pada masa sama, Madani menggesa kalangan penggiat industri untuk turut memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan usaha pembangunan sektor terbabit.
“Kita sering beranggapan dalam belanjawan ini, hanya kerajaan sahaja yang beri tetapi pemain industri juga perlu memberi sokongan.
“Mereka mahukan insentif tetapi pada masa yang sama insentif itu tidak dapat diteruskan sekiranya aktiviti itu tidak dilaksanakan oleh pihak industri sendiri,” katanya.
Malah, kata beliau, dana yang disalurkan mungkin akan berkurangan sekiranya sasaran yang telah ditetapkan, terbukti gagal dicapai.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]